SUNGAI PETANI: Polis menahan dua individu bagi membantu siasatan kejadian membakar mercun di tempat terbuka yang boleh membahayakan nyawa berhampiran Dataran Jam Besar, Jalan Badlishah, di sini awal pagi Selasa.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kedua-dua lelaki yang ditahan itu masing-masing berusia 27 tahun (penjual mercun) dan 24 tahun (membakar mercun) ditahan di rumah masing-masing petang tadi.
Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 12 tengah malam tadi berlakunya kejadian letupan bunga api di lokasi kejadian.
“Hasil maklumat mendapati, lokasi kejadian itu adalah atas jalan raya di Dataran Zero, berhampiran bazar Aidilfitri, di sini.
"Pegawai kami menerima maklumat melalui aplikasi WhatsApp dalam bentuk video yang berdurasi 43 saat berkaitan letupan mercun dan bunga api di tempat kejadian.
"Siasatan awal yang dilakukan mendapati, letupan itu berpunca daripada pembakaran satu unit mercun jenis 'happy bom firework' yang mana sewaktu letupan berlaku mercun terbabit dipercayai terbalik dan tersasar ke arah lambakan mercun lain.
"Kejadian itu menyebabkan suasana cemas dengan letupan dan dentuman mercun dan bunga api dalam kuantiti yang banyak," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Zaidy berkata, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani turut dikejarkan ke lokasi kejadian namun mengesahkan tiada kebakaran berlaku dan tiada sebarang kecederaan dialami orang awam di sekitar lokasi terbabit.
Beliau berkata, kedua-dua suspek akan direman esok.
"Suspek (penjual mercun) bekerja sebagai peniaga dan menetap di daerah ini manakala lelaki yang membakar mercun menetap di Kuala Ketil.
"Hasil ujian saringan awal air kencing terhadap kedua-dua suspek mendapati bebas dari pengambilan dadah dan tidak mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah.
Zaidy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 7(a) Akta Bahan Letupan 1957.
Sebelum ini dilaporkan orang ramai yang mengunjungi Dataran Jam Besar, cemas dan bertempiaran lari menyelamatkan diri kerana ketakutan selepas melihat letupan mercun dan bunga api menjadi tidak terkawal.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Apr 09 2024
Kedua-dua lelaki yang ditahan itu masing-masing berusia 27 tahun (penjual mercun) dan 24 tahun (membakar mercun) ditahan di rumah masing-masing petang tadi. - Foto ihsan pembaca
Maritim Perak rampas 61 set bubu naga bernilai RM4,000
Maritim Negeri Perak rampas sebanyak 61 set bubu naga bernilai lebih RM4,000 di sekitar Pulau Talang dan Pantai Remis, Lumut semalam.
Carta aliran wang Touch n Go eWallet mudahkan pengguna pantau perbelanjaan
Ia memaparkan satu carta perbelanjaan, memudahkan pengguna melihat ke manakah perbelanjaan mereka setiap bulan mengikut kategori.
AWANI Ringkas: Masalah teknikal dipercayai punca nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Euro 2024: Harry Kane berisiko tidak tersenarai dalam skuad England
Status penyerang Bayern Munich, Harry Kane, masih diragui untuk tersenarai dalam skuad Euro 2024 susulan masih bergelut dengan kecederaan.
Pantau Belanjawan: Membina daya tahan ekonomi Bumiputera Sabah, Sarawak
Madrasah Luqmanul Hakim di Ulu Tiram mungkin diroboh - Exco Johor
Madrasah Luqmanul Hakim di Ulu Tiram di Jalan Rabani, Kampung Sungai Tiram di sini yang sebelum ini didakwa menjadi tempat menyemai fahaman militan dan ekstremisme sudah pun ditutup pada 2001.
Resolusi Rusia kawal senjata nuklear angkasa lepas gagal
Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang digubal oleh Rusia yang menyeru semua negara untuk mencegah penempatan, ancaman atau penggunaan mana-mana senjata di angkasa lepas gagal pada Isnin.
Bicara kes lelaki Israel miliki ratusan peluru, enam pistol September ini
Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, menetapkan kes seorang lelaki warga Israel atas dua pertuduhan memiliki ratusan peluru dan memperdagangkan enam pistol akan bermula 30 September depan.
Kim Jong Un ucap takziah kepada Iran
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menghantar mesej ucapan takziah kepada Iran berhubung kematian Presiden Ebrahim Raisi dalam nahas helikopter pada Selasa.
Keupayaan ketenteraan Turki bantu Iran temukan lokasi nahas
Kejayaan keupayaan ketenteraan Turki, membantu Iran mencari lokasi nahas helikopter yang mengorbankan Presiden dan Menteri Luar Iran mengagumkan dunia.
Polis tahan dua lelaki bakar mercun di Dataran Jam Besar Sungai Petani
Polis menahan dua individu bagi membantu siasatan kejadian membakar mercun sehingga boleh membahayakan nyawa di Dataran Zero, Sungai Petani.
12 lelaki ditahan disyaki terlibat bakar mercun, halang lalu lintas
Kesemua suspek yang berusia antara 22 hingga 68 tahun itu ditahan di Kampung Sungai Kayu Ara.
Lelaki warga asing diberkas main mercun secara berbahaya
Seorang lelaki warga asing diberkas setelah dipercayai membakar mercun secara bergerak di Pusat Bandar Utara Kuala Lumpur.
Lelaki bakar mercun tepi MRR2 ditahan polis
Lelaki warga tempatan berusia 35 itu ditahan pada pukul 10 malam semalam di tepi Jalan Dagang.
Video tular bakar mercun, polis buka kertas siasatan
Polis membuka kertas siasatan berhubung video tular kejadian pembakaran bunga api dan mercun secara besar-besaran di atas jalan raya dekat Simpang Pulai.
Lima lelaki ditahan bakar mercun tepi Plaza Tol Setia Alam
Polis hari ini menahan lima lelaki bagi membantu siasatan dalam kejadian membakar mercun di tepi jalan Plaza tol Setia Alam, minggu lepas.
Taktik penyamun bakar mercun sebelum samun kedai emas gagal
Lelaki itu ditahan di tempat kejadian selepas pihak polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian berkenaan.
ESSCom minta masyarakat patuhi peraturan semasa bakar mercun
Semua pihak di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) dinasihati mematuhi peraturan sedia ada berkaitan pembakaran bunga api dan mercun semasa sambutan Tahun Baharu Cina hujung minggu ini.
Insiden kecoh Stadium Shah Alam: FAM sudah maklumkan kepada FIFA
Timbalan Presiden FAM, Datuk Afandi Hamzah mengesahkan FAM sudah menghantar maklum balas kepada FIFA minggu lalu, lapor Astro Arena.
Persiapan terakhir Tahun Baru Cina di Beijing
Penduduk di Beijing kini melakukan persiapan akhir bagi menyambut kedatangan Tahun Baru Cina dengan tradisi makan besar dan membakar mercun.